suria

Pecat Muhyiddin Dari Umno Akan Melemahkan Parti

JOHOR BARU: Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak seharusnya mengambil sebarang tindakan drastik pada mesyuarat 9 September ini dengan memecat atau menggantung keanggotaan timbalan presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau naib presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal.

Timbalan Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Mohamad Aziz berkata, tindakan itu hanya akan membawa kepada perpecahan dan melemahkan parti.

"Saya tidak pasti hasil mesyuarat 9 September ini tetapi cakap-cakap bertiup kencang bahawa perkara itu akan berlaku.

"Apapun, saya ingin mengingatkan kepada semua bahawa kedua-dua mereka ini dipilih oleh 3.2 juta ahli Umno dan nasib mereka tidak boleh diputuskan oleh hanya 40 anggota MT," katanya pada sidang media di pejabatnya di Nusajaya.

Mohamad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dalam menyuarakan kesedihannya berhubung isu-isu yang telah menjejaskan Umno berharap agar presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin dapat menyelesaikan perbezaan mereka dan kembali rapat semula.

Muhyiddin digugurkan dari jawatannya sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet pada bulan lalu berikutan kenyataannya mengenai 1MDB.

Muhyiddin Yassin, Umno, Shafie Apdal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain