Gesaan itu dibuat selepas Perancis mengesahkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.
Beliau berkata flaperon itu boleh dianalisis untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti di mana bangkai dan bahagian-bahagian lain berada.
"Maklumat tersebut akan membantu Kumpulan Kerja Strategi Pencarian yang menjalankan kerja-kerja mencari untuk bergerak ke hadapan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen MCA Terengganu 2015 pada Jumaat.
"Ia juga satu masa yang sukar untuk ahli-ahli keluarga dan orang tersayang mangsa MH370 dan negara ini sentiasa bersama dengan anda," katanya sambil memberi jaminan bahawa kerajaan, bersama-sama dengan China dan Australia komited untuk meneruskan misi mencari .