suria

Wujud Campur Tangan Kerajaan Dalam Siasatan 1MDB - Tunku Abdul Aziz

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim
PUTRAJAYA: Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengakui wujud campur tangan kerajaan dalam siasatan kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Ya, ada campur tangan dan saya rasa ia berlaku pada masa yang tidak sepatutnya.

"Kes ini dikaitkan dengan kebocoran maklumat, di mana penjawat awam tidak dibenarkan untuk membocorkan maklumat kerajaan," katanya pada bengkel Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) di sini Jumaat.

Menurut Tunku Aziz, beliau tidak menghalang badan penyiasat untuk meminta kerajaan supaya tidak campur tangan dalam siasatan tersebut.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan yang bertanya mengenai pendapatnya sama ada wujud campur tangan dalam siasatan kes 1MDB.

Sementara itu, Tunku Abdul Aziz turut memuji tindakan kerajaan pada hari ini yang membenarkan rakyat berhimpun secara aman sebagaimana yang ditunjukkan dalam perhimpunan Bersih 4, hujung minggu lalu.

"Sekarang anda dapat lihat Malaysia lebih terbuka. Anda dapat melihat orang berhimpun di jalanan.

"Perkara itu tidak akan anda lihat semasa pemerintahan Dr Mahathir," katanya.

Tunku Abdul Aziz mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan "kekerasan" terhadap sesiapa yang menentang kerajaan.

"Pada zaman Dr Mahathir akan ada meriam air dan polis ketika rusuhan," katanya.

Justeru, beliau menganggap ketiadaan sebarang insiden tidak diingini berlaku pada perhimpunan tersebut sebagai satu pencapaian terbaik semasa pentadbiran Najib.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain