Kejadian berlaku pukul 4.25 pagi ketika tiga pekerja kantin sedang memasak bagi menyediakan makanan untuk dijual di situ.
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail menerusi satu kenyataan berkata, salah seorang pekerja kantin itu cuba memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api tetapi gagal berikutan apinya terlalu marak.
"Semua pekerja itu sempat keluar dari kantin dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa yang berlaku.
Menurut Dr Norhizan, bangunan kantin yang sudah berusia 20 tahun itu terletak bersebelahan tandas awam dan tidak bersambung dengan bangunan lain.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba, Nur Hafizah Mohammad Lukman berkata anggota bomba mengambil masa kira-kira 12 minit untuk memadam kebakaran.
"Kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.26 pagi sebelum tiba empat minit kemudian. Kebakaran menyebabkan 80 peratus daripada struktur bangunan itu terbakar," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.