Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), 40 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana manakala 12 yang lain merekodkan bacaan IPU baik.
Bacaan IPU sederhana dicatatkan antara lain di dua kawasan di ibu negara iaitu Batu Muda (56) dan Cheras (55) selain di Putrajaya (59).
Perkara sama direkodkan di Selangor seperti Banting (66), Kuala Selangor (57), Pelabuhan Klang (80), Petaling Jaya (61) dan Shah Alam (71).
Sementara itu, kesemua kawasan di Sabah pula merekodkan bacaan IPU baik.
Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik; 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk laman web JAS di http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan mereka.