suria

Isteri Penentu Kejayaan Wakil Rakyat BN - PM

Najib menyaksikan penyerahan bendera kejohanan antara Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), Datin Seri Rosmah Mansor (dua, kanan) kepada Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Kedah (Bidara), Toh Puan Norzieta Zakaria (dua, kiri) pada majlis makan malam 'Sehati Kita Sejiwa' dan penutupan Program Tahunan Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia di Kinta Riverfront pada Sabtu malam. -fotoBERNAMA

IPOH: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata isteri wakil rakyat mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kejayaan seseorang pemimpin.

Perdana Menteri berkata mereka berperanan sebagai pengukuh semangat ketika senang dan susah selain bertindak sebagai pemberi semangat, sokongan dan dorongan.

"Dengan semangat kekitaan kita, kebersamaan kita, tidak ada sebab kita tidak boleh menghadapi segala cabaran yang ada di hadapan, dan inilah yang saya 'stress'kan sebagai semangat kerja berpasukan antara wakil rakyat dan isteri.

"Ini amat penting bagi kita sebab kalau isteri kita mainkan peranan seperti ini, maknanya kepala kita tak berserabut dan tenang.

"Kalau isteri kita buat perangai, kepala kita berserabut dan kita tak boleh jadi pemimpin atau wakil rakyat yang baik," katanya.

Perdana Menteri berucap pada majlis makan malam 'Sehati Kita Sejiwa' dan penutupan Program Tahunan Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia di sini pada Sabtu malam.

"Sebagai isteri wakil rakyat, dia mesti jaga kita, jaga keluarga kita, jadi teman kita dan jadi segala-galanya supaya kita dapat menjadi wakil rakyat BN yang disenangi oleh rakyat," katanya.

Beliau berkata sehubungan itu, wakil rakyat dan pemimpin perlu menghargai pengorbanan isteri masing-masing.

"Oleh itu berilah timbal balas yang sepatutnya kepada isteri kita, jaga hati isteri kita, apa-apapun permohonan isteri, kita beri pertimbangan yang sepatutnya," katanya.

Najib Tun Razak, Barisan Nasional, BN

Artikel Sebelum

Artikel Lain