suria

Sokong Najib Tunjang Kekuatan Umno - Mahdzir Khalid

Mahdzir Khalid.

PARIT BUNTAR: Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Ahad menggesa para anggota parti berdiri teguh menyokong Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan tunjang kekuatan Umno.

Najib selaku Perdana Menteri adalah satu-satunya tokoh yang mampu menghalang agenda pihak tertentu untuk memecah-belahkan perpaduan Melayu.

Pihak ini mahu agar golongan minoriti menguasai tampuk kekuasaan politik negara, dakwa Mahdzir.

"Selepas agenda memecah-belahkan parti PAS berjaya dilakukan dengan wujud dua kelompok dalam parti itu, kini tumpuan adalah untuk meruntuhkan UMNO menerusi serangan terhadap kepimpinan parti," kata beliau.

Langkah ini bertujuan agar majoriti rakyat hilang kepercayaan terhadap parti terbesar orang Melayu itu, katanya dalam ucapan merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Parit Buntar di sini.

Menteri Pendidikan itu berkata isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion hanya dijadikan alasan kerana agenda sebenar adalah untuk menjatuhkan Perdana Menteri agar Umno runtuh. 


Najib Tun Razak, Umno

Artikel Lain