suria

Tujuh Buah Rumah Kedai Di Kuala Nerang Hangus

KUALA NERANG: Sebanyak tujuh buah rumah kedai di Pekan Kuala Nerang di sini musnah dalam kebakaran pada awal pagi Isnin.

Pegawai Perhubugan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Supritendan Nor Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 3.21 pagi sebelum empat jentera bersama 15 anggota tiba dilokasi tersebut.

"Api berjaya dikawal dalam tempoh setengah jam sebelum kebakaran dipadam sepenuhnya pada 6.30 pagi.

"Punca kebakaran di deretan rumah kedai itu masih dalam siasatan unit forensik bomba," katanya.

Jelas Nor Hafizah, siasatan awal mendapati tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kebakaran itu.

Kuala Nerang, Hangus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia