suria

Kerajaan BN Bukan 'Angkuh' - PM

Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional bukan bersikap 'angkuh' dan sedia untuk menerima teguran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kerajaan yang dipimpinnya bersedia memperbaiki kelemahan dan sanggup memperbetulkan kelemahan tersebut.

Bercakap pada majlis pembukaan bangunan Yayasan Pewaris Batu di sini malam Isnin, Najib berkata walaupun rakyat boleh menunjukkan ketidakpuashatian terhadap kerajaan, mengadakan perhimpunan di jalanan bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan.

"Kami tidak boleh membenarkan kerajaan yang dipilih menerusi proses demokrasi digulingkan menerusi perhimpunan jalanan," katanya.

Najib berkata kestabilan politik menjadi keutamaan pelabur dan kestabilan ini tidak boleh dimusnahkan oleh sesiapa sahaja.

Pada majlis perasmian bangunan tersebut yang akan digunakan sebagai pusat perkhidmatan Umno Bahagian Batu, Najib turut menyerahkan geran perniagaan RM50,000 kepada 50 peniaga yang beroperasi di pasar malam Kampung Batu Muda.

Pada masa sama, beliau turut menyerahkan dana RM10,500 kepada pelajar yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi.





Najib Tun Razak, BN

Artikel Sebelum

Artikel Lain