suria

Jerebu: Indonesia Mohon Maaf

Anggota bomba dan anggota tentera Indonesia memadamkan kebakaran hutan tanah gambut di Rimbo Panjang, Kampar, Riau, Indonesia. -foto EPA.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Indonesia telah membuat permohonan maaf berhubung masalah jerebu yang sedang menyelubungi rantau ini.

Hamdhani Mukhdar Said yang bertanggungjawab ke atas hubungan antarabangsa dan alam sekitar berkata beliau akan membangkitkan isu ini di Parlimen Indonesia bagi membolehkan lebih banyak usaha dapat dilakukan untuk menangani keadaan jerebu.

"Saya ingin meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana jerebu.

"Jerebu tahunan ini tidak disengajakan tetapi disebabkan oleh kemarau yang memberi kesan kepada bahagian Sumatera dan Kalimantan," katanya kepada pemberita ketika Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) berhenti rehat di sini Selasa.

Beliau berkata kerajaan pusat Indonesia telah memperuntukkan sebanyak AS$1 juta untuk wilayah yang terjejas oleh kebakaran hutan dan tanah gambut.

"Kita akan meminta kerajaan memberikan lebih banyak peruntukan untuk membantu melawan kebakaran," katanya.

Jerebu yang melanda Malaysia adalah hasil daripada pembakaran hutan secara meluas di Indonesia untuk penanaman kelapa sawit.

Artikel Sebelum

UPSR Bermula Hari Ini

Artikel Lain