Pada 5 petang, ringgit diniagakan pada 4.3275/3325 berbanding dolar AS daripada 4.2560/2610 pada Jumaat.
Seorang peniaga berkata dolar AS menerima sedikit sokongan berikutan pengumuman data pekerjaan AS yang bercampur-campur membantu pelabur mendapat gambaran lebih jelas berhubung pemasaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.
Ringgit turut rendah dalam dagangan berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan merosot berbanding pound sterling kepada 6.6038/6127 daripada 6.4849/4933 pada Jumaat dan menyusut berbanding euro kepada 4.8299/8372 daripada 4.7408/7468 sebelum ini.