BANGKOK: Perbadanan Penyiaran Nasional (NBC) Thailand akan menyediakan kandungan untuk produk digital terbaru Star Media Group, TheStarTV.com yang dilancarkan Rabu lepas. Menerusi persetujuaan itu, NBC akan menyalurkan klip video melibatkan liputan berita dan gaya hidup negara itu, IndoChina dan Myanmar untuk saluran Asean di TheStarTV.com. NBC adalah anak syarikat Kumpulan Multimedia Nasional yang akan bersama The Star sebagai rakan pengasas Asia News Network (ANN). Ketua Pegawai Operasi pembangunan intipati Star Media Group, June H.L.Wong dan Ketua Pegawai Eksekutif NBC, Adisak Limprungpatanakit menandatangani persetujuaan berhubung perkara itu, Jumaat lepas. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Hiburan dan Pendidikan Antarabangsa NBC yang juga Pengarah Eksekutif ANN, Pana Janviroj serta Naib Presiden Kanan Perniagaan dan Pembangunan Media Baru NBC, Chutintra Wananakul.