suria

Kementerian Pendidikan Pertahan Keputusan Tutup Sekolah Saat Akhir

Mahdzir Khalid.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan tidak mempunyai pilihan tetapi membuat keputusan saat akhir untuk menutup sekolah apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai bacaan 195 pada malam Isnin.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid mempertahankan pengumuman yang dikeluarkan pada pukul 11.30 malam Isnin.

"Jerebu adalah seperti bencana alam dan ia tidak menentu," katanya di Institut Latihan Perguruan (IPG) di sini.

Ibu bapa menggunakan media sosial untuk mengkritik kementerian tersebut selepas mereka terpaksa mengambil cuti kecemasan berikutan pengumuman saat akhir itu.

Mahdzir berkata penutupan sekolah di Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan melibatkan lebih 1.5 juta pelajar.

Katanya, sekolah akan ditutup di negeri-negeri tersebut sehingga notis diberitahu kelak.

Beliau meminta ibu bapa supaya sentiasa memantau berita untuk mendapatkan perkembangan terkini.

Artikel Sebelum

Artikel Lain