suria

Ahli Keluarga Morais Ke HKL Untuk Pengecaman Mayat

Richard Morais (kiri) tiba di HKL untuk proses pengecaman mayat adiknya yang ditemui di USJ1, pagi Rabu.

KUALA LUMPUR: Ahli keluarga timbalan pendakwa raya, Kevin Morais tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mengecam mayat yang ditemui dalam tong konkrit yang dibuang dalam sungai di Jalan Subang 3, pagi Rabu.

Abangnya, Datuk Richard Morais berkata, keluarganya mendapat panggilan polis pada pukul 10.30 pagi meminta mereka ke HKL bagi ujian darah untuk DNA.

"Saya tiba pukul 11.30 pagi. Saya masih menunggu lagi. Mayat dan polis belum sampai lagi," katanya.

Richard yang bersama dua lagi ahli keluarganya berada di Rumah Mayat HKL kelihatan tenang ketika ditemui wartawan.

Kali terakhir Morais dilihat meninggalkan kediamannya di Menara Duta di sini untuk ke pejabat di Putrajaya pada 4 September lalu.

Siasatan polis mendapati, Morais yang menaiki Proton Perdana diekori empat lelaki yang kemudiannya menculiknya di Bangsar.


Kevin Morais, HKL, Menara Duta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia