suria

Gempa Bumi Kuat Landa Laut Maluku Utara

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Laut Maluku Utara petang Rabu, menurut Jabatan Meteorologi.

Gempa bumi pada pukul 3.41 petang itu berpusat 160km barat laut dari Ternate, Indonesia dan 935km tenggara dari Semporna, Sabah, menurut jabatan itu dalam satu kenyataan.

Walaupun tiada amaran tsunami dikeluarkan, jabatan itu tetap memantau perkembangan gempa bumi berkenaan, tambah kenyataan tersebut. - BERNAMA


Maluku, gempa bumi

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia