GEMAS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas kepalanya tersusuk besi tempat pemijak motosikal di rumahnya di Felda Pasir Besar dekat sini pagi Khamis. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, Muhammad Aidil Aqasha Azhar meninggal dunia di tempat kejadian apabila motosikal milik keluargnya itu menghempapnya. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Syed Ammar Syed Abas berkata mangsa dikatakan sedang bermain dengan abangnya yang berumur empat tahun di kawasan rumah mereka. "Mangsa mengalami pendarahan yang banyak dan disahkan meninggal dunia setelah dibawa ke Klinik Kesihatan Gemas," katanya.