suria

Jerebu: Dua Penerbangan Di Kuching Dibatal, Enam Lagi Alami Kelewatan

KUCHING: Dua penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAB Kuching) dibatalkan akibat jerebu pagi Khamis.

Pengurus LTAB Kuching, Mohd Nadzim Hashim berkata, penerbangan tersebut berupa ketibaan dan perlepasan melibatkan sektor Kuching-Tanjung Manis dan Tanjung Manis-Kuching.

Beliau berkata, ia melibatkan penerbangan MASwings yang menggunakan pesawat Twin Otter yang membawa tujuh penumpang.

Sementara itu, enam penerbangan mengalami kelewatan masing-masing melibatkan tiga perlepasan dan tiga ketibaan.

Dua syarikat penerbangan yang terlibat dengan kelewatan itu ialah pesawat AirAsia dan Malindo Air yang membabitkan 861 penumpang, 430 penumpang yang tiba dan 431 penumpang yang berlepas, katanya.

Setakat 11 pagi Khamis, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching mencatat paras 209 iaitu sangat tidak sihat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain