suria

Hai Cik Livingwater, Encik Tenis Dan Cik Strawberi

Livingwater menunjukkan kad pengenalannya.
JOHOR BAHRU: Bayangkan jika rakan-rakan lelaki isteri anda di pejabatnya memanggilnya Sayang.

Bagaimana pula reaksi anda apabila anda diperkenalkan dengan 'Cik Livingwater' yang bertugas dengan perkhidmatan pembersihan awam?

Ini adalah contoh individu-individu yang mempunyai nama yang unik.

Siti Nor Suriyati Sayang Ngadelan, 30, yang berkerja sebagai kerani berkata ramai yang mudah salah faham akan hubungannya dengan rakan-rakan lelakinya, hanya kerana dia bernama Sayang.

"Selepas saya berkahwin empat tahun lalu, suami saya menasihatkan saya untuk tidak memperkenalkan diri saya sebagai Sayang bagi mengelakkan sebarang salah faham," katanya.

P. Livingwater, 35, seorang eksekutif kanan komunikasi korporat, berkata dia dipandang pelik dan ada juga yang tertawa apabila dia memperkenalkan dirinya.


"Saya bekerja dalam perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam . Ramai yang ingat saya bergurau tentang nama saya untuk membuatkan ia berkait dengan syarikat saya berkerja.

"Orang ramai telah memberitahu saya bahawa saya adalah orang Red Indian Amerika versi Malaysia, yang biasanya dinamakan dengan nama-nama berkaitan alam semula jadi," katanya, sambil menambah ibu bapanya menamakannya Livingwater selepas mengambil satu frasa dalam Bible.


Livingwater berkata dia bersyukur dengan nama unik itu kerana ia sentiasa menjadi penceria suasana apabila dia bertemu pelanggan.

Penolong penyelia S. Tenis, 38, berkata, apabila orang ramai mengetahui namanya, mereka akan bertanya sama ada adik-beradiknya dinamakan badminton, bola sepak, kriket atau ragbi. Tetapi dia sedikit pun tidak mengambil hati.

"Tetapi apabila mereka mendapat tahu bahawa memang benar nama abang saya adalah Rugby, mereka melihat saya dengan rasa tidak percaya, berfikir bahawa saya mempermainkan jenaka mereka," katanya.

Katanya, nama Tenis dan Ragbi diberikan selepas rakan bapanya mencadangkannya dengan berkata ia adalah sesuatu yang unik.


Bagi Pegawai Perhubungan Awam dan eksekutif acara, Strawberry Yam, 25, ramai yang akan bertindak balas dengan memperkenalkan diri mereka dengan nama-nama buah-buahan juga seperti durian, anggur, tembikai, oren atau pisang.


"Saya bangga dengan nama samaran saya. Ibu bapa saya memberikan nama itu selepas insiden di sekolah di mana rambut saya yang baru dipotong menyerupai buah strawberi," katanya.

Nama betulnya adalah Jia Hui.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain