"Mereka yang telah melarikan diri dengan kerusi kami, kerusi-kerusi itu masih milik PAS.
"PAS akan bertanding. Jika mereka mahu bertanding ia akan menjadi satu pertandingan tiga penjuru," kata Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali memetik laporan Harakahdaily.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Dungun, Terengganu malam Jumaat.
Antara mereka yang telah berpaling tadah ialah Ahli Parlimen Kuala Krai Hatta Ramli, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud.
Mustafa juga berkata, PAS mungkin bertanding di lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya umum 2013, sambil menambah jabatan pilihan raya akan memutuskan tentang kerusi mana yang akan ditanding.