suria

Bas Ekspres Terbalik, Seorang Maut

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berumur 35 tahun dilapor maut apabila sebuah bas ekspres yang membawa kira-kira 30 penumpang terbalik dan merempuh kereta yang dinaiki mangsa di Lebuhraya PLUS menghala ke utara di Km 445.5 berhampiran susur Rawang awal pagi Ahad.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Rawang, mangsa didapati tersepit di dalam kereta dalam kejadian kira-kira 3.40 pagi itu dan meninggal di Hospital Sungai Buloh dekat sini.

Sementara pemandu kereta berkenaan mengalami kecederaan.

Jurucakap itu berkata pemandu dan beberapa penumpang bas didapati cedera ringan dan dibawa ke hospital yang sama.

Rawang, Bas Ekspres

Artikel Sebelum

Pelajar UiTM Ditemui Mati

Artikel Berikut

Artikel Lain