suria

Mahkamah Tinggi Batal Keputusan KDN Gantung The Edge

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggantung dua penerbitan The Edge Communications Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi, Asmabi Mohamad pada Isnin memerintahkan penggantungan tiga bulan terhadap The Edge Financial daily dan The Edge Financial weekly dibatalkan.

Selain itu KDN diarahkan untuk membayar RM15,000 sebagai kos kepada syarikat penerbitan berkenaan.

Sebelum ini KDN menggantung permit penerbitan selama tiga bulan terhadap The Edge mulai 27 Julai.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Raja Puan Muda Kedah Mangkat

Artikel Lain