Dalam satu kenyataan media pada Selasa, SPRM menjelaskan siasatan terhadap 1MDB dijalankan sepenuhnya oleh polis.
"SPRM ingin menjelaskan bahawa SPRM tidak menjalankan siasatan ke atas 1MDB.
"Isu 1MDB disiasat sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan oleh yang demikian, sebarang pertanyaan berkenaan isu ini mestilah dirujuk kepada PDRM," menurut kenyataan tersebut.
"Perkara ini telah diperjelaskan sebelum ini termasuk menerusi satu kenyataan media SPRM bertarikh 5 Ogos 2015," katanya.