KOTA KINABALU: Beberapa kawasan di Sabah diselubungi jerebu pada Ahad dengan jarak penglihatan di utara Kudat menurun kepada 2.5 Kilometer (km) dari 4km sehari sebelumnya. Pengarah Perkhidmatan Meteorologi Malaysia Cawangan Sabah, Abdul Malik Tussain berkata jarak penglihatan di bandar dan Ranau kekal 3km. Menurutnya, keadaan jerebu di timur laut Tawau kembali pulih dengan jarak penglihatan meningkat dari 4km ke 6km. Menurut Abdul Malik keadaan jerebu akan berterusan sehingga akhir bulan ini dengan ketibaan musim monsun Timur Laut. Tambahnya lagi, keaadan ini berikutan penolakan angin Barat Daya yang membawa asap dari Kalimantan.