KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memfailkan writ habeas corpus untuk mencabar penahanannya di bawah Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) bertarikh 24 September yang dikeluarkan terhadapnya adalah batal dan tidak sah.