suria

Operasi Penerbangan KIA Berjalan Semula

KUCHING: Landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) dibuka semula untuk operasi penerbangan pada 9.10 pagi Isnin.

Pengurus Kanan KIA Mohd Nadzim Hashim berkata sebelum ini landasan itu diisytihar ditutup sejak 7 pagi oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan pihak berkuasa lapangan terbang akibat jerebu tebal.

"Pada 9 pagi, terdapat 25 penerbangan yang dibatalkan, membabitkan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia (sembilan pelepasan dan 10 ketibaan) dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) (tiga pelepasan dan tiga ketibaan)," katanya ketika dihubungi.

Mohd Nadzim berkata pihak berkuasa KIA menjangka beberapa kelewatan dalam pergerakan penerbangan dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

Awal pagi Isnin, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dalam laman Facebook berkata sejak 7 pagi jarak ketampakan di KIA 350 meter dan landasannya diisytiharkan ditutup.

KIA, Kuching

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain