suria

Zahid Terima Kunjungan Pemimpin Asean Sempena AMMTC

Ahmad Zahid menerima kunjungan pemimpin Asean sempena AMMTC pada Selasa.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Timbalan Setiausaha Agung ASEAN  Hirubalan Veluppilla Ponnudura, para pemimpin dan pegawai kanan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-10 dan mesyuarat berkaitan di sini Selasa.

Pertemuan singkat yang berlangsung sebelum perasmian AMMTC itu disertai Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Myanmar Kyaw Kyaw Tun, Setiausaha Bahagian Keselamatan Awam Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan Filipina Peter Irving C. Corvera, Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Luar Kedua Singapura Masagos Zulkiflie Masagos Mohamad dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand Sutee Markboon.

Pertemuan itu turut disertai Menteri Keselamatan Awam Vietnam Trang Dai Quang, Menteri Tenaga Brunei Pehin Datuk Dr Muhammad Yasmin Umar, Setiausaha Negara dan Kementerian Dalam Negeri Kemboja Em Sam An, Ketua Polis Nasional Indonesia Jeneral Badrodin Haiti dan Menteri Keselamatan Awam Laos Brigadier Jeneral Polis Somkeo Sylavong.

Selepas pertemuan itu itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri kemudian memrasmikan AMMTC ke-10.

Beliau dijadual mempengerusikan sidang pleno AMMTC dan kemudiannya menandantangani Deklarasi KL iaitu Deklarasi Kuala Lumpur Mengenai Jenayah Merentas Sempadan dan Deklarasi Kuala Lumpur Mengenai Pergerakan Orang Tidak Teratur di Asi Tenggara.

Ahmad Zahid juga dijadual menjadi hos majlis makan malam rasmi secara tertutup malam Selasa.

AMMTC yang berlangsung selama empat hari dan mesyuarat berkaitan yang memasuki hari kedua pada Selasa akan diikuti dengan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Asean mengenai Kebangkitan Radikalisme dan Keganasan Melampau (SAMMRRVE) pada Jumaat.

Asean, Dr Ahmad Zahid Hamidi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Najib Beri Penghormatan Kepada JJ

Artikel Lain