suria

Kenyataan Media Penutupan Sekolah Viral Di Laman Sosial Palsu

PETALING JAYA: Kenyataan media yang tersebar luas di media sosial mengenai penutupan sekolah di beberapa negeri pada Khamis (1 Oktober) ekoran jerebu adalah palsu.

Kementerian Pendidikan menerusi satu kenyataan pada Rabu berkata edaran kenyataan media palsu itu dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"KPM mendapat laporan bahawa terdapat edaran kenyataan media palsu yang sedang viral di aplikasi Whatsapp oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," menurut kenyataan di laman Facebook kementerian, petang Rabu.

Posting itu juga meminta supaya orang ramai mendapatkan kenyataan media yang sahih dan rasmi dari portal, Facebook dan Twitter rasmi KPM sahaja.

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi mengenai penutupan sekolah pada Khamis dibuat oleh kementerian.


Artikel Lain