suria

Bengkel Perancangan Persaraan Secara Percuma Sabtu Ini

PETALING JAYA: Satu bengkel mengenai perancangan persaraan akan diadakan secara percuma di Universiti Antarabangsa Manipal di Nilai pada Sabtu ini.

Menurut satu kenyataan, bengkel tersebut akan dihadiri oleh wakil daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan memberi nasihat mengenai bagaimana untuk menguruskan kewangan.

Bengkel yang dianjurkan oleh Kumpulan Media Star bermula pada pukul 9 pagi sehingga 1 tengah hari.

Para peserta akan menerima langganan akhbar elektronik The Star atau The Star ePaper selama setahun bernilai RM180.

Mereka yang berminat boleh mendaftar dengan menghantar emel ke [email protected] atau hubungi 03-79671388 (sambungan 1050/1133/1493) untuk butiran lanjut.

Artikel Lain