Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Mohd Firdaus Bukari berkata mayat Khairul Azimi Dillah, 17, ditemui pada 9.15 pagi oleh nelayan, tiga batu nautika dari Pulau Songsong.
"Mayat mangsa dibawa ke Jeti Kuala Sungai Udang, dekat sini menggunakan bot Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berikutan keadaan air laut surut," katanya kepada Bernama Jumaat.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Yan tujuan bedah siasat, menurutnya.