Kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat didahului Nilai (134) yang mencatat bacaan IPU tertinggi, diikuti Seremban (130), kedua-duanya di Negeri Sembilan; Pelabuhan Klang, Selangor (128); Shah Alam, Selangor (120); Bukit Rambai, Melaka (119) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (117).
Putrajaya dan Bandaraya Melaka masing-masing mencatatkan bacaan IPU 117; Petaling Jaya dan Banting di Selangor masing-masing mencatatkan bacaan 108 serta Pasir Gudang di Johor 107 dan Port Dickson di Negeri Sembilan 106.
Sejumlah 28 kawasan pagi ini mencatatkan bacaan IPU sederhana termasuk Cheras (96) diikuti Larkin Lama dan Kota Tinggi, Johor masing-masing mencatatkan bacaan IPU 95 dan 89; Kuala Selangor (83), Muar, Johor (83); Seberang Jaya 2, Perai, Pulau Pinang (81).
IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.