suria

Jangan Jadi Malas, Kata Ku Nan Kepada Wartawan

Tengku Adnan Tengku Mansor.

PETALING JAYA: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa wartawan supaya tidak memutarbelitkan fakta.

Merujuk kepada kenyataan Duta China Ke Malaysia ketika lawatannya ke Petaling Street, Setiausaha Agung Umno itu berkata Dr Huang Huikang berkunjung ke kawasan itu dengan niat yang baik.

"Tetapi Utusan memetik blog Ronnie Liu dan menjadikan ia berita utama.

"Ia menjadi masalah, jangan jadi malas dan bekerja sedikit," dakwa Tengku Adnan pada Isnin.

Namun, masih tidak jelas artikel dalam Utusan yang dimaksudkannya itu.

Terdahulu, beliau berkata Umno sedang memantau tujuh pemimpinnya yang akan dikenakan tindakan disiplin.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan nama ketujuh-tujuh pemimpin tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Umno akan mengambil tindakan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meletak jawatan.


Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor

Artikel Sebelum

Artikel Lain