suria

Hanya 20,000 Calon Mohon myLesen - JPJ

JOHOR BARU: Hanya 20,000 calon memohon untuk mengikuti Program myLesen setakat ini sejak ia diperkenalkan 15 September lepas, kata Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad.

Beliau berkata, bilangan itu adalah sedikit berbanding sasaran sebenar iaitu setiap individu harus mempunyai lesen motosikal.

"Sambutannya memang kurang menggalakkan, namun kita optimis ia akan meningkat sejurus pelajar sekolah menamatkan peperiksaan awam masing-masing," katanya selepas merasmikan majlis penyerahan Sijil Ikrar Intergriti Korporat kepada Institut Memandu dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, Isnin.

Program tersebut membolehkan terutama golongan belia yang berusia 16 tahun hingga 30 tahun memiliki lesen menunggang motosikal sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan membabitkan golongan berkenaan.

Bayaran bagi mendapatkan lesen di bawah program berkenaan hanya RM299.-- Bernama


JPJ, myLesen

Artikel Berikut

Artikel Lain