suria

Malaysians United Run 2015 Pupuk Semangat Patriotisme, Cintakan Keamanan

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tengah) bergambar bersama para penaja selepas merasmikan 'Malaysian United Run' di Kementerian Pertahanan, Selasa. Larian itu merupakan anjuran Institut Onn Jaafar (IOJ) pada 1 November depan di Padang Merbok.

KUALA LUMPUR: Penganjuran Malaysians United Run 2015 bagi memupuk semangat patriotisme dan cintakan keamanan di kalangan generasi muda, sekali gus menepis perasaan benci, peperangan serta ego yang disemai dalam diri rakyat negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, seramai 15,000 pelajar berusia 18 hingga 24 tahun dari 27 institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan akan terbabit dalam larian itu.

Katanya, program itu juga akan melakar nama dalam Malaysia Book of Records sebagai larian sukarela membabitkan penyertaan terbesar pelajar IPT.

"Program ini bagi merapatkan hubungan sesama kaum di negara ini dalam suasana harmoni," katanya pada sidang media program anjuran Instirut Onn Jaafar (IOJ) di Wisma Pertahanan di sini, Selasa.

Larian sejauh empat kilometer itu akan diadakan sempena ulang tahun pertama institut itu di Padang Merbok, Kuala Lumpur, 1 November ini bermula pukul 6.30 pagi.

Menurut Hishammuddin yang akan menyertai larian itu, aras maksimum bacaan Indeks Pencemaran Udara bagi program itu akan ditetapkan bagi memastikan ia tidak menjejaskan kesihatan peserta 

Artikel Lain