suria

Langkawi Mulai Pulih Daripada Jerebu

LANGKAWI: Keadaan jerebu di Langkawi beransur pulih hari ini dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sederhana dicatatkan.

Setakat pukul 10 pagi ini, bacaan IPU yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar berada di paras 94 setelah mengalami keadaan udara tidak sihat sejak Ahad lepas.

Keadaan jerebu terbaharu ini juga menjejaskan aktiviti harian dan program yang dirancang dalam tempoh tersebut.

Semua sekolah ditutup sejak Ahad sehingga hari ini dan dijangka beroperasi semula esok sekiranya keadaan cuaca semakin pulih.

Operasi penerbangan yang turut terjejas sejak Isnin lepas berikutan jarak ketampakan terbatas Ahad lepas telah kembali pulih.-- Bernama


Langkawi, jerebu

Artikel Berikut

Artikel Lain