KUALA LUMPUR: Satu blok tiga tingkat Sekolah Kebangsaan Taman Samudera musnah dalam kebakaran pada Rabu. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 11.54 pagi Rabu. "Kami tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian dengan tiga jentera, sebuah tangki air dan 22 anggota bomba. "Api berjaya dikawal kira-kira pukul 12.23 tengah hari," katanya sambil menambah bahawa tiada kemalangan jiwa dalam kebakaran itu. Beliau berkata punca kebakaran masih disiasat. "Tingkat atas blok sekolah itu musnah sama sekali," katanya.