suria

Dua Individu Maki Penguatkuasa Ditahan

Dua lelaki cuba membuka tayar Perodua Myvi yang dikunci pegawai penguatkuasa MBPP, Rabu.
GEORGE TOWN: Dua lelaki yang didakwa memaki dan mencampak duit kepada anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selepas tayar kereta mereka dikunci, ditahan di sini, Jumaat.

Kedua-duanya yang berusia 19 dan 25 tahun ditahan di sebuah kedai makanan segera di Bandar Baru Farlim pada pukul 4 petang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatarash Wahid pihak polis akan mendapat perintah reman ke atas dua-duanya yang bekerja sebagai mekanik dan pemasang pendingin hawa.

Suspek dilapor marah kepada pegawai penguat kuasa wanita berkenan kerana mengunci tayar kereta mereka yang diletakkan di garisan kuning di Lebuh Campbell pada Rabu lalu.

Tindakan mereka ke atas pegawai tersebut menjadi viral di media sosial sejak semalam.

Artikel Lain