JOHOR BARU: Senai-Desaru Expressway Berhad pada Isnin mengumumkan kadar tol baharu bagi pengguna Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) yang akan berkuatkuasa Khamis ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya Mustaza Salim berkata kenaikan di empat plaza tol keluar di SDE iaitu Plaza Tol Senai, Ulu Tiram, Cahaya Baru dan Penawar itu melibatkan kenderaan kelas satu hingga empat dengan kadar purata 80 sen sehingga RM4.70, manakala kenderaan kelas lima tiada penyelarasan. "Kenderaan kelas satu iaitu kereta akan mengalami kenaikan dari 80 sen hingga RM2.30, kelas kedua iaitu lori kurang daripada satu tan mengalami kenaikan dari RM1.20 hingga RM3.50, kenderaan kelas tiga iaitu lori besar dan treler pula naik dari RM1.50 hingga RM4.70, manakala kenderaan jenis kelas empat iaitu teksi pula mengalami kenaikan 40 sen hingga RM1.20," katanya menerusi kenyataan di sini, Isnin. Mustaza berkata pengguna Kelas 1 yang keluar di Plaza Tol Senai akan dikenakan bayaran sebanyak RM4.50 jika masuk dari Plaza Tol Ulu Tiram, RM9.20 jika masuk dari Plaza Tol Cahaya Baru dan RM13.50 jika masuk dari Plaza Tol Penawar. Manakala beliau menambah, bagi Kelas 2 pula, bayaran tol adalah sebanyak RM6.80 jika masuk dari Plaza Tol Ulu Tiram, RM13.80 jika masuk dari Plaza Tol Cahaya Baru dan RM20.20 jika masuk dari Plaza Tol Penawar. Beliau berkata Kelas 3 pula akan dikenakan bayaran RM9 jika masuk dari Plaza Tol Ulu Tiram, RM18.40 dari Plaza Tol Cahaya Baru dan RM27 dari Plaza Tol Penawar, manakala Kelas 4 dikenakan bayaran RM2.30 dari Plaza Tol Ulu Tiram, RM4.60 dari Plaza Tol Cahaya Baru dan RM6.80 dari Plaza Tol Penawar. Menurut Mustaza, pengguna Kelas 1 yang keluar di Plaza Tol Ulu Tiram pula dikenakan bayaran RM4.50 jika masuk dari Plaza Tol Senai, RM5.60 dari Plaza Tol Cahaya Baru dan RM9.90 dari Plaza Tol Penawar, sementara Kelas 2 pula dikenakan bayaran RM6.80 jika masuk dari Plaza Tol Senai, RM8.50 dari Plaza Tol Cahaya Baru dan RM14.90 dari Plaza Tol Penawar. Katanya pengguna Kelas 3 pula dikenakan bayaran RM9 jika masuk dari Plaza Tol Senai, RM11.30 dari Plaza Tol Cahaya Baru dan RM19.90 dari Plaza Tol Penawar manakala Kelas 4 dikenakan bayaran RM2.30 jika masuk dari Plaza Tol Senai, RM2.80 dari Plaza Tol Cahaya Baru dan RM5 dari Plaza Tol Penawar. "Bagi yang keluar di Plaza Tol Cahaya Baru, pengguna Kelas 1 akan dikenakan bayaran RM9.20 jika masuk dari Plaza Tol Senai, RM5.60 dari Plaza Tol Ulu Tiram dan RM7.20 dari Plaza Tol Penawar manakala Kelas 2 dikenakan RM13.80 dari Plaza Tol Senai, RM8.50 dari Plaza Tol Ulu Tiram dan RM10.80 dari Plaza Tol Penawar. "Kelas 3 pula dikenakan RM18.40 dari Plaza Tol Senai, RM11.30 dari Plaza Tol Ulu Tiram dan RM14.40 dari Plaza Tol Penawar manakala Kelas 4 dikenakan RM4.60 dari Plaza Tol Senai, RM2.80 dari Plaza Tol Ulu Tiram dan RM3.60 dari Plaza Tol Penawar," katanya. Mustaza berkata bagi yang keluar di Plaza Tol Penawar pula, pengguna Kelas 1 akan dikenakan bayaran RM13.50 dari Plaza Tol Senai, RM9.90 dari Plaza Tol Ulu Tiram dan RM7.20 dari Plaza Tol Cahaya Baru. Sementrara itu katanya, Kelas 2 pula dikenakan RM20.20 dari Plaza Tol Senai, RM14.90 dari Plaza Tol Ulu Tiram dan RM10.80 dari Plaza Tol Cahaya Baru. Bagi pengguna Kelas 3 pula, mereka akan dikenakan bayaran RM27 dari Plaza Tol Senai, RM19.90 dari Plaza Tol Ulu Tiram dan RM14.40 dari Plaza Tol Cahaya Baru, manakala Kelas 4 pula dikenakan bayaran RM6.80 dari Plaza Tol Senai, RM5 dari Plaza Tol Ulu Tiram dan RM3.60 dari Plaza Tol Cahaya Baru.