KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang didakwa cuba melakukan sabotaj terhadap sistem kewangan dan perbankan negara. Tiada rayuan direkodkan di hadapan Majistret, Siti Radziah Kamaruddin. Siti Radziah menetapkan 26 Oktober ini untuk sebutan semula kes.