suria

Santai Ambang Maal Hijrah PPZ MAIWP Meriah

PELBAGAI usaha dilaksanakan bagi menggalakkan umat Islam menunaikan rukun Islam ketiga iaitu mengeluarkan zakat bagi membantu golongan asnaf yang layak.

Seiring dengan matlamat itu, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meneruskan misi mereka dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pentingnya peranan zakat dalam pembangunan ekonomi umat Islam.

Kali ini, agensi itu sekali lagi mengambil langkah prokatif turun padang dengan menganjurkan Program Santai Ambang Tahun Baharu di Downtown Cheras dengan kerjasama Persatuan Pengasih Malaysia, KL Downtown dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sempena sambutan Maal Hijrah 2015.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman, selain bertujuan mempromosikan zakat harta termasuk zakat perniagaan, aktiviti seumpama itu juga dijadikan medan dakwah dengan pengisian program bicara agama dan hiburan santai oleh penyanyi Mawi.

Turut serta dalam program itu ialah pendakwah selebriti seperti Syed Norhisyam Tuan Padang, penceramah bebas, Fauzi Mustaffa, Akhil Hayy dan Man Raja Lawak.


PPZ, MAIWP, Maal Hijrah

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan