Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Supt Yow Kok Khiang berkata daripada maklumat diperolehi, kes terbaharu itu melibatkan tiga suspek perempuan dan seorang lelaki warga China berusia dalam lingkungan 40-an.
"Sindiket serupa ini telah senyap seketika selepas satu sindiket berjaya ditumpaskan pada Jun lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat.
Yow berkata modus operandi sindiket itu ialah anggota sindiket berkenaan akan mencari mangsa yang terdiri daripada kaum wanita berbangsa Cina berumur 45 hingga 70 tahun di pasar-pasar basah sekitar bandar raya Kuching dan Padawan.
Beliau berkata orang ramai juga diminta segera menghubungi polis jika didatangi anggota sindiket berkenaan atau mengesyaki diri ditipu oleh mereka.