PETALING JAYA: Lebih banyak kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga pukul 2 petang Ahad berbanding awal hari ini. Petaling Jaya (101), Shah Alam (104), Putrajaya (103), Batu Muda (103), Seremban (102), Port Dickson (103) dan Nilai (104) di Negeri Sembilan semuanya mencatatkan IPU tidak sihat pada pukul 2 petang. Bandar Melaka (114), Bukit Rambai (106), Pelabuhan Klang (110) dan Banting (109) terus kekal pada tahap tidak sihat seperti sebelah pagi. Di Sarawak, kualiti udara di Samarahan mencatatkan IPU 109 dan Kuching 102. IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat), 301 dan ke atas (berbahaya).