PETALING JAYA: Satu gempa bumi lemah berukuran 3.2 skala Richter melanda Ranau, Sabah pada malam Isnin. Menurut Jabatan Meteorologi, pusat gempa yang berlaku kira-kira pukul 9.17 malam itu, dikesan kira-kira 62 kilometer timur Kota Kinabalu. "Gegaran dapat dirasai di Ranau," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu. Satu gegaran berukuran 5.9 skala Richter menggegar Ranau dan kawasan sekitarnya pada 5 Jun lalu. Kejadian itu meragut 18 nyawa.