suria

Penggal Persekolahan 2016 Bermula 4 Januari

PETALING JAYA: Sesi persekolahan akan dibuka semula pada 4 Januari tahun depan di semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sekolah di empat negeri itu akan dibuka sehari lebih awal.

Menurut laman web Kementerian Pelajaran, penggal persekolahan akan datang bakal menyaksikan sekolah akan beroperasi sebanyak 215 hari sementara jumlah cuti adalah 71 hari.


Bagaimanapun pengetua atau guru besar sekolah boleh memohon empat hari "cuti peristiwa cuti".

Cuti berkenaan tidak perlu diganti.

Selain itu mereka juga boleh memohon "cuti ganti" namun tertakluk kepada kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri.

Sementara itu cuti hujung tahun akan bermula pada 26 November tahun depan, kecuali di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu berikutan mereka akan bercuti sehari lebih awal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ibu Bapa Ragu Bacaan IPU

Artikel Lain