suria

Demam Kepialu: Netizen Salahkan Standard Kesihatan

PETALING JAYA: Ramai pengguna media sosial menyifatkan sikap sengaja mengabaikan aspek standard kesihatan dan keselamatan di gerai dan restoran sebagai faktor kepada peningkatan mendadak kes demam kepialu.

Pengguna Facebook, Tantty Ali berkata majikan harus dipersalahkan kerana mengabaikan kesihatan pekerja mereka.

"Bayar gaji terlalu rendah, tempatkan mereka di ruang penginapan yang sesak dan tidak sesuai...sudah pasti inilah hasilnya," kata Tantty.

Sementara itu Sharon Sidhu berkata, kelemahan kawalan pihak Jabatan Imigresen di negara ini juga menyumbang kepada peningkatan kes demam kepialu.

"Inilah yang berlaku apabila tiada kawalan ketat ke atas mereka yang memasuki negara ini. Bebas untuk semua. Apa yang pembuat dasar dan pakar kesihatan lakukan?" soalnya.

Bagi Thiru Senthan, dia mempersoalkan bagaimana pekerja asing yang dijangkiti demam kepialu boleh melalui sistem kawalan.

"Tidak ada pemeriksaan kesihatan atau rekod? Tiada vaksin?" soalnya.

Annathambi Akka pula melahirkan kebimbangan mengenai kemungkinan penyakit-penyakit lain yang boleh memasuki Malaysia melalui warga asing.

"Penyakit yang dianggap sudah dibanteras seperti batuk kering, kusta dan banyak lagi dibawa ke dalam negara kita," katanya.

"Sebelum ini saya tidak pernah dengar kes demam kepialu di Malaysia untuk jangka masa yang sangat lama. Tahap kebersihan dalam pengendalian dan penyediaan makanan telah dikompromi," kata pengguna Facebook Napsiah Wan Salleh.

Sementara itu Sashi Varman berkata penjaja dan pengusaha restoran tidak sewajarnya mendedahkan pelanggan kepada risiko dengan memilih untuk tidak memberi vaksin kepada pekerja mereka.

Demam Kepialu, Pekerja Asing

Artikel Lain