suria

Sekolah Sesi Petang Ditutup Pada Rabu

GEORGE TOWN: Sesi petang sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang pada Rabu ditangguhkan kerana jerebu.

Pengarah Pelajaran Negeri, Sharri Osman berkata pengumuman itu dibuat pada Rabu.

"Sekolah sesi petang ditutup hari ini. Menteri Pendidikan akan mengumumkan jika ada perubahan pada esok," katanya dalam satu kenyataan.

Seorang guru sekolah rendah di Bayan Lepas berkata pengetua dan guru besar di Pulau Pinang telah dimaklumkan mengenai penangguhan sekolah pada pukul 1.34 petang.

"Kelas adalah seperti biasa tetapi ibu bapa boleh mengambil anak mereka jika ingin berbuat demikian," jelas guru itu.

Indeks Pencemaran Udara di Universiti Sains Malaysia menunjukkan bacaan tidak sihat iaitu 153.

Sekolah, Jerebu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain