suria

Shah Alam, Batu Muda Antara 23 Kawasan Tidak Sihat

KUALA LUMPUR: Shah Alam dan Batu Muda di sini antara kawasan terbaru kembali merekod kualiti udara tidak sihat dengan masing-masing mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 105 dan 101 setakat 2 petang Jumaat.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) kedua-dua kawasan itu adalah antara 23 kawasan yang direkodkan sebagai tidak sihat petang ini, berbanding 22 kawasan pada pagi Jumaat.

Kawasan lain yang berada pada bacaan IPU tidak sihat ialah Alor Setar (145); Bakar Arang (157); Langkawi (153); SMK Tanjung Chat (120); Tanah Merah (109); Balok Baru, Kuantan (104); Jalan Tasek (112); S K Jalan Pegoh, Ipoh (125); Seri Manjung (134).

Tanjung Malim (109); Kangar (141); Perai (137), Seberang Jaya 2 (159); USM, Pulau Pinang (153); Samarahan (102); Sri Aman (117); Kuala Selangor (119); Pelabuhan Klang (110); Kemaman (112) serta Kuala Terengganu (105).

Indera Mahkota, Kuantan dan Paka, Terengganu kembali mencatat IPU sederhana, dengan masing-masing merekodkan 98 dan 100.

Kawasan yang turut mencatatkan bacaan IPU sederhana adalah Kota Tinggi (70); Larkin Lama (73); Muar (70); Pasir Gudang (90); Bandaraya Melaka (83); Bukit Rambai (90); Nilai (91); Port Dickson (82); Seremban (85); Jerantut (98); Keningau (56); Kota Kinabalu (55); Sandakan (52).

Tawau (76); Bintulu (77); ILP Miri (57); Kapit (79); Kuching (96); Limbang (52); Miri (66); Sarikei (83); Sibu (84); Banting (93); Petaling Jaya (93); Cheras, Kuala Lumpur (84); serta Putrajaya (91).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

jerebu, IPU tidak sihat

Artikel Sebelum

Terkini: Bajet 2016

Artikel Berikut

Artikel Lain