suria

"Bajet Tutup Skandal"

Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR: Bajet 2016 dilihat tidak berupaya untuk meningkatkan ekonomi negara serta mengukuhkan nilai Ringgit, demikian menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, pendirian kerajaan untuk meneruskan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang mula diperkenalkan pada April lalu akan terus membebankan rakyat.

"Bajet ini tidak menyelesaikan keseluruhan masalah negara. Sepatutnya hapuskan GST, selesaikan skandal 1MDB selain isu derma RM2.6 bilion, jelaskan semua ini demi mendapatkan kepercayaan rakyat.

"Saya andaikan bajet ini untuk tutup skandal yang dihadapi dan tidak beri kesan baik dalam jangka masa panjang kepada rakyat,” katanya katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Jumaat.

Mengulas mengenai inisiatif yang diberikan kerajaan termasuk penambahan kadar sifar GST ke atas beberapa barangan tertentu, Guan Eng bagaimanapun berkata, ia bukan penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah ekonomi rakyat.

"Penurunan nilai mata wang sebenarnya adalah kerugian negara. Kalau itu boleh diselesaikan, saya pasti bajet ini boleh menjadi lebih baik lagi dan rakyat menerima faedahnya.

"Walaupun pemberian tertentu ditingkatkan, namun tetap mengalami kejatuhan nilai ringgit dan GST,” katanya.

Lim Guan Eng, GST, Ringgit, 1MDB

Artikel Lain