suria

Ruang Q10, Q12 Di KLIA2 Ditutup Kerana Tumpahan Bahan Api - MAHB

KUALA LUMPUR: Ruang meletak pesawat Q10 dan Q12 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) di Sepang ditutup kerana tumpahan bahan api.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam Ahad, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata, pasukan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Malaysia mula membersihkan ruang yang terlibat pada pukul 11 pagi, Ahad. 

Ia berkata, punca tumpahan masih belum diketahui.

"Kuala Lumpur Aviation Fuelling Sdn Bhd (KAFS), yang bertanggungjawab untuk pengisian bahan api pesawat, sedang menyiasat punca tumpahan," katanya.

MAHB memberi jaminan bahawa keselamatan adalah keutamaan utama dan klia2 beroperasi secara normal.

"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan," kata pengendali lapangan terbang itu. - Bernama

KLIA2, MAHB

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia