GEORGE TOWN: Polis menahan seorang wanita Indonesia yang dipercayai penganjur pelacuran di sebuah apartment di Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim, Jelutong di sini malam Ahad. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata wanita berusia 57 tahun yang dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak beberapa bulan lepas ditahan dalam serbuan polis ke apartment itu pada pukul 10.15 malam. "Turut ditahan lima wanita iaitu tiga Indonesia dan dua Vietnam yang disyaki pelacur. Mereka yang berusia 26 hingga 32 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial," katanya di sini Isnin. Beliau berkata polis turut menahan seorang lelaki berusia 52 tahun dipercayai pelanggan bagi membantu siasatan kes itu. - BERNAMA