suria

Lima Ahli Baharu PAC Dilantik

Hasan dilantik Pengerusi PAC yang baharu pada minggu lalu.

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan telah melantik lima anggota baharu untuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menggantikan mereka yang terpaksa melepaskan jawatan tersebut dalam rombakan Kabinet baru-baru ini.

Datuk Dr Makin Mojigoh (BN - Putatan) akan menggantikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Madius Tangau, Datuk Ahmad Hamzah (BN - Jasin) akan menggantikan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan manakala Datuk Nawawi Ahmad (BN - Langkawi) akan mengambil alih kerusi Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Datuk Koh Nai Kwong (BN - Alor Gajah) pula dilantik menggantikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong yang melepaskan jawatan tersebut pada 25 Jun 2014.

Sementara itu, Datuk Takiyuddin Hassan (PAS - Kota Baru) akan menggantikan tempat Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaafar yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada minggu lalu, Ahli Parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin dilantik sebagai Pengerusi PAC, menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang kini memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri.



PAC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia